Amnesty tuduh Israel lakukan 'genosid secara langsung' di Gaza
Dalam satu laporan, Amnesty International menuduh Israel melakukan "genosid secara langsung" di Gaza dengan penyembelihan besar-besaran yang sistematik, kebuluran dan pemindahan secara kejam penduduk Palestin.
“Dunia melihat seolah-olah tiada kuasa ketika Israel menyembelih ribuan rakyat Palestin, menghapuskan seluruh keluarga berbilang generasi, memusnahkan rumah, mata pencarian, hospital dan sekolah,” kata Setiausaha Agung Amnesty Agnes Callamard.
Dengan 1.9 juta rakyat Palestin dihalau dari rumah mereka, Amnesty menyifatkan pencerobohan rejim Zionis Israel sebagai "hari kiamat kemanusiaan yang dirancang."
Amnesti juga memabngkitkan keganasan dan apartheid yang semakin meningkat di Tebing Barat yang diduduki.
UNHCR selar Majlis Keselamatan PBB kerana 'kegagalan kronik' menghentikan peperangan
Ketua Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi mengkritik Majlis Keselamatan PBB (UNSC)) kerana kegagalan kronik UNSC untuk mencegah keganasan global, menuduh badan itu mengabaikan tanggungjawabnya untuk menegakkan keamanan.
"Ini adalah musim peperangan. Ini adalah masa krisis. Dari Sudan ke Ukraine, dari Sahel ke Myanmar, dari Republik Demokratik Congo ke Haiti, keganasan telah menjadi mata wang penentu zaman kita," kata Grandi sambil menunjuk kepada krisis yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Dia memberi amaran bahawa pemotongan bantuan kemanusiaan sudah meragut nyawa dan membahayakan jutaan orang.
Grandi tuntut tindakan segera, menggesa Majlis berhenti berselindung di sebalik kegagalan diplomatik dan mengambil risiko sebenar untuk menamatkan konflik dan melindungi orang awam.
Pakistan beri amaran tentang pencerobohan India yang akan berlaku selepas serangan Kashmir
Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif memberi amaran tentang pencerobohan tentera yang akan dilakukan oleh New Delhi berikutan serangan maut minggu lalu ke atas pelancong di Kashmir yang dibawah pentadbiran India.
Ketegangan antara negara jiran bersenjata nuklear telah meningkat, dengan Asif memetik retorik agresif India yang semakin meningkat.
Serangan yang mengorbankan 26 orang itu telah mencetuskan gesaan untuk bertindak terhadap Pakistan, walaupun tiada bukti penglibatan, manakala Islamabad menggesa siasatan neutral.
Pakistan kini kekal berjaga-jaga dan Asif menegaskan bahawa senjata nuklear hanya akan digunakan untuk mempertahankan diri.
Seruan antarabangsa untuk de-eskalasi diteruskan, termasuk dari Türkiye dan China.
Parti Liberal memperoleh kemenangan dalam pilihan raya Kanada: unjuran
Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri Mark Carney telah memenangi pilihan raya Kanada, menurut unjuran dari CBC dan CTV News.
Walaupun masih tidak jelas sama ada parti itu akan memperoleh majoriti, pasukan Carney dijangka membentuk kerajaan seterusnya.
Komen-komen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump seperti cadangan Kanada menyertai AS, mempengaruhi pilihan raya itu.
Pemimpin konservatif Pierre Poilievre mengkritik campur tangan Trump, menegaskan semula kedaulatan Kanada.
Carney, yang baru-baru ini menggantikan Justin Trudeau, telah menekankan keperluan untuk kestabilan dan kepimpinan yang tenang.
Bekalan elektrik terputus di Sepanyol, Portugal cetus huru-hara di Semenanjung Iberia
Gangguan elektrik yang besar menyebabkan Sepanyol, Portugal dan Andorra menjadi huru-hara pada hari Isnin, mengganggu kehidupan seharian di seluruh Semenanjung Iberia.
Menjelang hari Selasa, Sepanyol telah berjaya memulihkan kuasa kepada separuh negara.
Menurut Perdana Menteri Portugal Luis Montenegro gangguan itu mungkin berpunca daripada Sepanyol, walaupun puncanya masih diselubungi misteri.
Presiden Majlis Eropah Antonio Costa menolak sebarang dakwaan serangan siber, tetapi usaha mencari jawapan diteruskan.
Gangguan elektrik yang tidak pernah berlaku sebelum ini juga menimbulkan gelombang kejutan di beberapa bahagian di Perancis, menyebabkan pihak berkuasa berebut untuk mendapatkan jawapan.